JAKARTA - INDONESIA. Gara-gara tidak yakin mampu memenangi kerusi Dewan Perwakilan Rakyat Daerah (DPRD), calon Parti Demokrat Andi Farida Soewandi dikatakan bertindak meminta kembali dapur gas yang pernah diberi kepada puluhan penduduk di Kampung Batang Rappe di daerah Bacukiki, tiga hari sebelum Pemilihan Umum (Pemilu) Parlimen Indonesia, dua hari lalu.
Seorang penduduk kampung, Zaenal berkata dapur itu diterimanya daripada pegawai calon itu, yang bertanding di bandar Parepare, Sulawesi Selatan, dengan bersetuju dia harus mengundi calon berkenaan pada pilihan raya umum lepas.
"Padahal saya mengundi calon itu. Tetapi (mereka) tidak berpuas hati dan meminta saya dan isteri mengundi calon sama. Kami juga terima pemberian dari calon lain, jadi kami bagilah undi kami. Apatah lagi tiada perjanjian kita harus mengundi calon itu," katanya seperi dipetik akhbar Kompas, Jumaat.
Zaenal berkata ketika wakil calon itu hendak mengambil dapur gas berkenaan, beliau yang membuka kedai makan, sedang melayan pelanggannya.
"Saya bersama isteri sedang memasak menggunakan dapur gas yang diberi calon itu. Tiba-tiba seorang daripada pegawai calon itu meminta kami memulangkan kembali dapur tersebut. Ketika itu kami sedang guna untuk memasak air kerana pelanggan memesan kopi," katanya.
Merasakan dirinya dipermalukan, Zaenal berkata beliau menghempas dapur gas itu di hadapan pegawai calon berkenaan.
"Saya kesal kerana dimalukan. Mereka mengugut untuk melaporkan perkara itu kepada polis, tetapi saya tidak takut," katanya.
Difahamkan, calon berkenaan menyerahkan dapur gas tersebut kepada kira-kira 50 penduduk kampung berkenaan di tiga kawasan tempat mengundi.
Usaha mendapatkan komen daripada calon berkenaan berhubung perkara itu, bagaimanapun gagal. - Bernama
Sinar Harian

No comments:
Post a Comment