NASA buat piring terbang untuk ke Marikh

LDSD buatan NASA .

CALIFORNIA - Badan penerbangan dan angkasa lepas Amerika Syarikat ( NASA ) membuat sebuah ' piring terbang ' untuk melakukan perjalanan robot ke luar angkasa , khususnya ke Planet Marikh . Kenderaan luar angkasa yang mirip piring terbang ini dinamakan Low - Density Supersonic Decelerator atau LDSD .

LDSD mempunyai kelajuan tiga kali kelajuan bunyi . Fungsi utama piring terbang buatan NASA ini adalah untuk menerbangkan robot peneroka Planet Marikh seperti Curiosity , dari Bumi ke planet merah tersebut . LDSD direka khusus untuk menghantar robot peneroka yang ukurannya lebih besar dari Curiosity .

Piring terbang ini merupakan kenderaan luar angkasa yang mempunyai payung terjun apabila ia akan mendarat di Marikh nanti . Ujian penerbangan pertama akan dilakukan pada Jun akan datang . Namun bukan hanya bulan itu saja , LDSD akan melakukan banyak percubaan selama 24 bulan ke depan .

Jadi bagi sebahagian orang yang nantinya mungkin melihat sebuah benda mirip piring terbang di angkasa, boleh jadi yang dilihatnya adalah LDSD yang sedang diuji oleh NASA . Misi dari LDSD ini adalah penjelajahan planet merah pada 2018 . Demikian seperti laporan dari  Ubergizmo , Ahad ( 13/4/2014 )

Sumber: okezone.com

No comments:

Post a Comment