Colombo: Hakim Mahkamah Tinggi Sri Lanka menjatuhi hukuman penjara tiga tahun penjara terhadap seorang wanita kerana cuba mencampak anaknya - yang baru berusia enam hari - untuk dijadikan habuan makanan buaya.
Polis Giribawa memfailkan pertuduhan yang mendakwa wanita itu meninggalkan bayi berkenaan di Tasik Nikawewa yang terkenal menjadi habitat reptilia itu.
Polis berjaya menyelamatkan bayi terbabit selepas seseorang mendengar suara tangisan bayi dari dalam semak berhampiran tasik itu.
Menurut laporan polis, bayi berkenaan adalah hasil hubungan sulit wanita terbabit dengan lelaki lain ketika suaminya bertugas di luar kawasan.
Hakim turut mengarahkan wanita itu membayar pampasan sebanyak SLR 200,000 (RM4,977) kepada bayi berkenaan yang kini ditempatkan di Pusat Perlindungan Kanak-kanak Ashoka di Anuradhapura.
Sementara itu, Penguatkuasa Perlindungan Kanak-Kanak Kebangsaan sedang menyiasat kes seorang remaja yang dijual ibunya kepada seorang lelaki di Colombo.
Menurut laporan media tempatan, remaja berusia 15 tahun itu dijual kepada seorang kenamaan yang identitinya tidak didedahkan.
Remaja itu juga menyatakan, ibunya dan individu itu menjalankan operasi rumah pelacuran di sebuah rumah yang disewa di Malabe atas nama kedai pancing dan memaksa beberapa orang kanak-kanak menjadi pelacur.
Kejadian itu mendapat perhatian umum selepas remaja itu mendedahkannya kepada neneknya yang kemudian melaporkannya kepada polis.
Sumber: Harian Metro

ada jugak manusia macam nie
ReplyDelete