Lagenda gusti WWE Ultimate Warrior meninggal dunia


Tak lama selepas namanya dimasukkan ke senarai Hall of Fame WWE, legenda gusti Ultimate Warrior meninggal dunia lewat malam semalam.

Selepas 18 tahun meninggalkan WWE, ahli gusti yang terkenal pada zaman Hulk Hogan ini sempat kembali ke gelanggang WrestleManis 30 dan Monday Night Raw bagi mengembalikan ingatan peminat kepadanya, kelmarin.

Pada zaman kegemilangannya Warrior terkenal kerana lincah, sering menyusup masuk melalui bawah gelanggang, gemar menggunakan jurai-jurai tali yang diikat pada lengan dan suka membuatkan penonton bingung dengan kenyataannya.


Dilahirkan dengan nama James Brian Hellwig, namanya ditukar kepada Ultimate Warrior secara sah pada 1993.

Warrior yang meninggal dunia pada usia 54 meninggalkan isteri, Dana dan dua anak perempuan, Indiana dan Mattigan yang turut mengiringinya di podium ketika namanya diumumkan terukir di Hall Of Fame WWE di New Orleans, Sabtu lalu.

Dalam kenyataan dikeluarkan di laman web WWE, mereka bersyukur kerana sempat memberikan penganugerahan kepada salah seorang bintang paling terkenal dalam sejarah WWE ini sebelum pemergiannya. – REM RAMZI MYNEWSHUB

No comments:

Post a Comment