Pencabul panik mangsa melawan

Gambar hiasan. Foto: Google

Kuala Lumpur: Perbuatan gila seorang lelaki yang mencabul dan cuba meliwat seorang remaja lelaki di kawasan semak berhampiran sebuah pangsapuri di Salak Selatan, di sini mengundang padah apabila mangsa melawan menyebabkan lelaki terbabit panik dan melarikan diri.

Bagaimanapun, remaja berusia 18 tahun terbabit yang terselamat meminta bantuan rakannya sebelum mereka berjaya menangkap lelaki itu dan menyerahkannya kepada polis.


Sumber berkata, sebelum kejadian, mangsa bersama beberapa rakannya sedang melepak di bawah pangsapurinya kira-kira jam 5 pagi Ahad lalu sebelum didatangi seorang lelaki yang berpura-pura ingin mencari rumah rakannya.

“Mangsa yang tidak mengesyaki apa-apa kemudian menawarkan bantuan menunjukkan blok pangsapuri dimaksudkan, namun ketika tiba di blok itu, lelaki terbabit tiba-tiba menarik tangan mangsa secara kasar sebelum membawanya ke kawasan semak dan mengugut akan memukul remaja itu jika menjerit.


“Lelaki itu kemudian terus membuka pakaian dan berbogel serta turut memaksa mangsa berbuat demikian sebelum dia bertindak mencabul remaja terbabit,” katanya.


Sumber berkata, mangsa yang ketakutan menjerit meminta pertolongan sebelum didengari rakannya. Suspek panik terus melarikan diri, namun berjaya ditangkap di kawasan berhampiran.

Menurutnya, mereka kemudian menghubungi polis yang tiba tidak lama kemudian dan membawa lelaki itu ke Balai Polis Salak Selatan.

MyMetro


Orang lelaki pun dah tak selamat...


5 comments: