Lelaki China bina gunung batu atas bumbung apartmen di Beijing


Seorang profesor nekad membina pergunungan di bandar Beijing. Namun dia tidak membinanya di kawasan lapang tetapi di atas bumbung pangsapuri yang tinggi.

Zhang Lin memindahkan bertan-tan batu ke atas bumbung bangunan untuk membuat rumahnya kelihatan seperti dipahat langsung di gunung. Profesor yang dikenali eksentrik itu menghabiskan masa 6 tahun untuk membuat gunungnya. Hasil kerjanya itu mempunyai taman gunung berbatu, lengkap dengan serpihan dan semak-semak.

Namun kini masalah datang dari jirannya yang juga menghuni bangunan apartmen tersebut. Mereka mengeluhkan gunung buatan Zhang Lin mengancam keselamatan kerana menyebabkan dinding pangsapuri retak dan merosakkan paip saluran air. Mereka juga harus hidup dengan suara bising akibat projek gunung buatan di bumbung itu.

"Ini awalnya loteng kecil ketika Zhang Lin membelinya. Tapi dia memugarnya untuk membina gunung di atas kami," keluh seorang penduduk. "Dia adalah ancaman sebagai tetangga dan tidak mendapatkan kebenaran untuk membina gunung tersebut."

Kini Zhang Lin diancam untuk segera membongkar gunung buatannya kerana belum mendapat keizinan keselamatan. "Ini telah menjadi perhatian kami kerana Profesor Zhang tidak mendapat keizinan untuk pembangunan. Binaan ini harus dibongkar, kecuali Zhang boleh membuktikannya selamat," ucap seorang pegawai bandar.

wowkeren


No comments:

Post a Comment