Gambar lucah guru bersama teman lelaki tersebar


Bone: Beratus-ratus penduduk daerah Sinjai di Sulawesi Selatan menyerbu pejabat pendidikan tempatan, mendesak supaya seorang guru sebuah sekolah, Andi Sitti Amran dipecat.

Tindakan berkenaan dilakukan selepas gambar lucah yang didakwa membabitkan guru itu bersama seorang lelaki yang bukan suaminya tersebar. Suasana tegang berlaku antara penduduk itu yang datang dengan motosikal dan trak dengan pengawal di pejabat berkenaan. Penduduk itu mendesak supaya dibenar bertemu dengan ketua pejabat itu.


“Bagaimana nak mendidik jika guru sendiri tidak bermoral. Demi masa depan murid, kami mohon guru itu dipecat serta-merta, kata seorang penduduk.

Ketua Pendidikan Daerah, Andi Masati yang berbincang dengan penduduk berkenaan, bersetuju untuk menyiasat dan seterusnya mengambil tindakan yang sewajarnya.


Kes peredaran video lucah itu sudah lama berlaku dan sudahpun dilaporkan oleh suami guru itu kepada polis Sinjai. Bagaimanapun, hingga semalam, kes itu masih disiasat. - Agensi

MyMetro

6 comments: