Kajian: Di usia 34 tahun, wanita lebih bangga dengan bentuk tubuhnya

Tak sedikit wanita beranggapan bahawa semakin bertambahnya umur, maka semakin bertambah pula berat badan. Tapi mengikut kajian yang dilakukan oleh Sanctuary Spa Active Reverse Body, di usia 34 tahun, wanita merasa lebih bahagia dengan tubuh mereka.

Di usia tersebut, mereka boleh menerima gumpalan daging dan benjolan yang ada di tubuh. Kira-kira lapan juta wanita di Britain akhirnya boleh melihat diri mereka sendiri tanpa pakaian  di depan cermin setiap harinya. 

Kira-kira 25% wanita sekurang-kurangnya mengintip penampilan mereka di cermin sekali seminggu. Dan ternyata hanya 16% wanita tak pernah melihat diri mereka di depan cermin ketika tanpa busana.

"Biasanya di awal dan pertengahan usia 30 tahun, mereka mempunyai kepercayaan diri yang besar terhadap tubuh mereka," ungkap Nichola Joss, seorang ahli kecantikan, seperti dipetik  dari Daily Mail.

Wanita di usia itu bekerja keras untuk mengekalkan bentuk tubuhnya. Yang mereka lakukan biasanya iaitu menjaga pola makan, dan merawat tubuh dengan kerap.

"Banyak wanita di usia 34 tahun yang saya tahu telah mengalami hubungan cinta atau persahabatan peribadi yang erat, dan ini yang memberikan mereka kepercayaan diri di dalam dan luar tubuh," tambah Joss.

Ketika ditanya bahagian badan kegemaran mereka, 30% daripada mereka yang ditinjau mendedahkan bangga dengan payudara. Mereka pun mengatakan itulah bahagian tubuh yang paling suka dipamerkan.

Sementara 22% responden yang lain menjawab kaki, dan 19% memilih bahu. Sedangkan 57% lain memilih perut adalah bahagian tubuh yang paling ingin mereka ubah.

Ketika musim panas, wanita di Britain merasa dilema ketika harus berbusana di pantai. 65% wanita mengaku bahawa mereka tak akan memakai bikini kerana takut memalukan.

wolipop.detik.com


No comments:

Post a Comment