Hebat! seekor tikus pamer aksi ngeri

 Seekor tikus yang dilatih Willmott meluncur di atas air di pantai Australia pada 2010.

Tiga tahun lalu Shane Willmott mengejutkan dunia dengan tikusnya yang mahir meluncur di atas air. Kini, warga Australia itu melakukan cabaran baru - melatih haiwan itu bermain papan luncur.

Willmott yang tinggal di kawasan Gold Coast, timur Australia berhampiran Brisbane, membina sebuah taman luncur mini untuk tikusnya.

 Willmott berkata tikus dilahirkan dengan kemahiran untuk meluncur kerana pusat gravitinya yang rendah.

 Hasil usahanya itu, tikus berkenaan kini mampu melakukan pelbagai persembahan, termasuk meluncur melepasi lingkaran api.

Willmott mula melatih tikus meluncur sejak 30 tahun lalu, bermula dengan melatih mereka berenang.


Tetapi, dengan cuaca yang semakin sejuk di Australia, dia boleh menghiburkan rakannya di dalam ‘taman tertutup.’

 Willmott melatih tikus meluncur sejak 30 tahun lalu.

“Mereka sukakannya. Tikus memang dilahirkan untuk meluncur kerana pusat graviti mereka begitu rendah. Apabila jatuh, mereka tidak teragak-agak untuk menaiki semula papan luncur. Mereka tidak pernah patah semangat,” kata Willmott.

Pada 2010, Willmott menunjukkan kemahiran tikusnya meluncur di atas air dengan menggunakan papan luncur mini buatan sendiri.

Dia mengajar tikus pertamanya untuk meluncur 28 tahun lalu ketika dia masih berusia belasan tahun.

MyMetro

No comments:

Post a Comment