Gara-gara jatuh cinta dengan artis cantik, seorang lelaki dipenjara 21 tahun


Cinta merupakan anugerah yang diberikan tuhan kepada manusia namun jika manusia sampai salah jatuh cinta boleh membawa maut dan bikin sial.

Seperti yang dialami oleh seorang lelaki Abdul Syarif kerana dia jatuh cinta dengan artis Bollywood bernama Puja Bhatt membuat dirinya harus dihukum selama 21 tahun di India.

Sebenarnya lelaki ini dihukum bukan kerana cintanya dengan sang artis melainkan ketika dia pergi menuju India untuk berjumpa dengan wanita Idamanya ia tidak membawa dokumen yang lengkap, sialnya ketika sampai ke India dia lupa ingatan.

Pada 1992 dia nekad ke India dengan harapan bertemu bintang pujaannya. Ketika itu usia Syarif 21 tahun. Syarif berangkat dari kampungnya dan memasuki India melalui sempadan Wagah.

Kerajaan India kesulitan untuk menghantar pulang lelaki ini sebab ketika ditanya darimana asalnya lelaki ini selalu menjawab nama negara yang berbeza beza, kerajaan India telah berusaha untuk mencari maklumat mengenai lelaki ini ke beberapa pejabat imigresen negara yang pernah disebutkan namun tetap tidak mencari asal usul lelaki ini .

Akhirnya dia meringkuk selama 21 tahun sebab tak boleh menunjukkan identiti dirinya dan berasal dari mana.

"Dia kehilangan ingatan. Sekali dia mendakwa dirinya berasal dari Iran, besoknya dia bilang berasal dari Pakistan. Kami cuba menghubungi dua negara itu dan adakah mencatat Syarif sebagai warganya namun catatan kependudukan di sana tidak satu pun mengenal Abdul Syarif, "ujar kepala sipir penjara Amritsar tempat Syarif ditahan.

Walaupun dia hilang ingatan namun lelaki ini masih ingat dengan cintanya dan tetap ingin bertemu dengan Puja Bhatt.

palingseru.com


No comments:

Post a Comment