Calon Datuk Bandar New York dimalukan oleh seorang wanita

WEINER menemui para pengundi di kawasan kejiranan Queens, New York pada 29 Julai lalu.

CALON Datuk Bandar New York, Anthony Weiner dari parti Demokrat dimalukan oleh seorang wanita, Sydney Leathers yang melakonkan klip video lucah berdasarkan kisah hubungan yang melibatkan kedua-dua mereka.

Sebelum ini, Weiner enggan berganjak untuk tidak menarik diri dalam pilihan raya bagi memilih datuk bandar walaupun kisahnya dengan wanita tersebut mendapat liputan meluas media.

Kisah Weiner, 48, dengan Leathers itu adalah berkisar tentang pesanan teks seks yang dihantar oleh wanita itu kepada calon datuk bandar tersebut.

Weiner merupakan suami kepada Huma Abedin yang pernah bekerja sebagai pembantu kepada bekas Setiausaha Negara AS, Hillary Clinton.

Calon datuk bandar itu sebelum ini mengaku bahawa dia masih bertukar-tukar teks seks menerusi online dengan beberapa wanita selepas meletakkan jawatan sebagai anggota Kongres pada tahun 2011.

Weiner meletakkan jawatan sebagai anggota Kongres disebabkan sikapnya yang suka bertukar-tukar teks seks.

Namun, sebuah syarikat penerbitan filem lucah yang terkenal, Vivid Entertainment dilaporkan bebrincang dengan Leathers untuk berlakon dalam filem lucah keluarannya.

Gambar wanita itu melakukan satu adegan klip seks solo untuk syarikat tersebut telah disiarkan di akhbar New York Daily News pada Isnin lalu.

Bagaimanapun, Leathers enggan menyatakan bahawa ia merupakan adegan lucah.

"Ia bukannya video untuk keseronokan diri. Ia hanya satu sesi fotografi dalam wawancara di belakang tabir," katanya kepada akhbar tersebut pada Isnin lalu.

Wanita itu menambah: "Saya tidak berasa malu. Saya menganggap ia baik untuk saya. Ramai gadis yang mempunyai isu tentang tubuh dan saya tidak terkecuali. Adalah penting untuk melihat badan anda dengan cara yang positif," katanya.

Leathers merupakan seorang wanita berusia 23 tahun yang berasal dari sebuah pekan kecil di Illinois.

Dalam rakaman video Vivid itu, wanita tersebut membuat beberapa gaya yang seksi di depan kamera dengan memegang senaskhah surat khabar yang mempunyai tajuk berjudul Weinergate.

Leathers juga mendedahkan payudaranya dalam video tersebut.

Dalam klip video selama lima minit itu, dia bercakap tentang hubungannya dengan Weiner.

"Dia selalu memuji saya tentang payudara, punggung dan kaki saya.

"Weiner akan selalu menyatakan kepada saya bahawa saya mempunyai ketinggian yang mencukupi untuk memakai kasut tinggi," katanya.

Wanita itu juga menyatakan dia tidak bertanding untuk merebut jawatan datuk bandar.

"Ia hanya tubuh saya . Saya tidak pernah membenarkan orang lain menghakimi tubuh saya," katanya.

Wanita itu juga berhasrat untuk menemui Weiner kerana dia tidak pernah bertemu dengannya.

Leathers hanya bertukar-tukar pesanan dan cerita seks menerusi dunia maya tanpa sempat untuk bersemuka dengannya sebelum ini

Weiner dilaporkan bertukar-tukar teks seks dan gambar dengan Leathers pada musim panas yang lalu iaitu setahun selepas dia meletakkan jawatan sebagai ahli Kongres AS pada Jun 2012.

Dalam klip video itu juga, dia menceritakan tentang pengalaman seksualnya.

Namun, pada 5 Ogos lalu, portal hibutan TMZ.com melaporkan terdapat adegan tidak senonoh yang menunjukkan Leathers berbogel dalam video itu.

Satu sumber Vivid menyatakan, pengasas syarikat itu, Steven Hirsch berminat untuk menghasilkan video parodi yang menggambarkan kisah Weiner dan wanita berkenaan.

Namun, jumlah bayaran yang ditawarkan kepada Leathers masih belum diketahui pihak media.

Walaupun skandal itu terbongkar, Weiner masih bertegas untuk bertanding jawatan datuk bandar menggantikan Michael Bloomberg.

Ketika berkempen di kawasan kejiranan, seorang lelaki bertanya kepada Weiner bahawa para pengundi tidak akan percaya kepadanya disebabkan perbuatannya yang curang.

Bagaimanapun, Weiner berkata: "Saya telah mengaibkan isteri saya. Tetapi, saya tidak melakukan sebarang perbuatan (tidak baik) ke atas tuan. Kenapakah anda tidak membenarkan saya untuk bertanding. Biarlah warga bandar raya ini yang membuat keputusan (sama ada memilihnya menjadi datuk bandar."

kosmo


No comments:

Post a Comment