Bunuh, cincang mayat lelaki gagal bayar hutang

Xian: Seorang wanita berusia 48 tahun yang hanya dikenali dengan nama keluarganya Kwak ditangkap semalam atas tuduhan membunuh dan mencincang mayat seorang lelaki di sebuah hotel di sini.

Polis menemui anggota tubuh lelaki berkenaan bersepah di bilik hotel terbabit minggu lalu. Rakaman kamera litar tertutup menunjukkan lelaki itu memasuki hotel itu bersama-sama Kwak tetapi wanita itu keluar bersendirian keesokannya. Kwak dipercayai membunuh mangsa dan mencincang mayatnya serta merancang untuk membuang mayat yang dikerat itu ke dalam tandas.


Kwak yang dilapor mengaku melakukan pembunuhan itu mendakwa mangsa berhutang sebanyak 2.5 juta yuan (RM1.33 juta) kepadanya. Lelaki itu gagal membayar semula wang berkenaan walaupun didesak berulang kali. Kerana terlalu marah, Kwak membunuhnya dan cuba melupuskan mayat itu.

Wanita itu kemudian mencuri 300,000 yuan (RM160,000) milik mangsa dan membeli tiket penerbangan kelas pertama untuk ke Shanghai, tempat dia ditangkap.

MyMetro

No comments:

Post a Comment