Boise (Idaho): Seorang lelaki yang gemar memakai pakaian seperti anjing ditahan bukan kerana kostum itu, sebaliknya akibat kemaruk melakukan hubungan seks dengan seekor kucing.
Ryan Havens Tannenholz, 28, dituduh mendera secara seksual haiwan peliharaannya itu beberapa kali selama setahun. Polis menahan Tannenholz, pada 1 Ogos lalu dan kini berdepan enam pertuduhan jenayah luar tabii dan satu salah laku kezaliman terhadap haiwan. Tannenholz dikenali sebagai “si bulu” gelaran diberikan penduduk tempatan terhadap individu yang memakai kostum haiwan.
Menurut Flayrah, laman web “golongan si bulu”, dia mempunyai pelbagai kostum termasuk anjing, serigala, anjing putih dan musang. Foto di laman media sosial dimuat naik Tannenholz menunjukkan dia memakai kostum untuk watak makhluk bergelar Bubblegum.
Tannenholz kini ditahan reman sebagai ganti jaminan AS$250,000 (RM820,388) dan berdepan hukuman penjara lima tahun jika disabitkan.
Waran tangkap dikeluarkan pada 31 Julai lalu dan dia ditahan pada keesokan harinya.
Bagaimanapun polis tidak menjelaskan bagaimana kegiatannya itu terbongkar.
Di laman web Bubblegum Husky milik Tannenholz, dia menjelaskan minatnya terhadap kucing dan memberitahu nama kucing peliharaannya ialah Einstein.
Tannenholz menulis: “Pernahkah anda melayari Internet dan melihat video kucing? Bubblegum Husky pasti ada dan anda tahu, ia benar-benar menyeronokkan! “Kucing haiwan yang sangat berbulu, lembut dan manja. “Hanya Bubblegum Husky yang benar-benar menghargai bagaimana hebat sebenarnya haiwan berbulu ini,” katanya dalam satu kenyataan. - Agensi
MyMetro

eeuuwwwwwwwwwwwww
ReplyDeleteekkkkkkkkkkkkkkkk
ReplyDelete