Gadis 11 tahun maut setelah dibakar dalam cubaan pemerkosaan

Warga India melakukan tunjuk perasaan di luar Mahkamah Distrik Saket, New Delhi, lokasi perbicaraan kes perkosaan massal yang terjadi beberapa waktu lalu. | PRAKASH SINGH / AFP

NEW DELHI - Seorang gadis berusia 11 tahun yang dibakar dalam satu  percubaan pemerkosaan telah meninggal akibat kecederaannya di India bahagian timur. Pejabat berita IANS, Ahad (4/8/2013), melaporkan, gadis itu dirawat di sebuah hospital yang dikendalikan kerajaan di Kolkata dengan cedera terbakar kritis selepas insiden di daerah Howrah pada Rabu lalu.

Harian The Times of India melaporkan, polis telah menangkap seorang suspek berusia 18 tahun pada hari Sabtu dan mereka masih mencari seorang rakannya. Keduanya telah disebut namanya oleh mangsa.

Polis menuduh para suspek telah cuba untuk memperkosa gadis itu di luar rumahnya dan pemuda 18 tahun itu menuangkan minyak tanah lalu membakarnya ketika gadis itu menolak dan mengancam untuk mendedahkan identiti pemuda tersebut.

Namun, The Times melaporkan, suspek berusia 18 tahun itu berkata kepada penyiasat bahawa rakannyalah yang menuangkan minyak tanah dan menyalakan api yang membakar gadis tersebut.

kompas

No comments:

Post a Comment