Kuala Lumpur: “Dia melambaikan tangan sambil menjerit minta tolong lebih 10 minit sebelum hilang dimamah api,” kata saksi yang hanya mahu dikenali sebagai Manna, 40, menceritakan detik cemas melihat jirannya terperangkap dalam kebakaran rumah dua tingkat di Taman Puchong Indah, di sini, awal pagi semalam.
Dalam kejadian jam 2.15 pagi, kerani swasta Norriza Mat Salleh, 36, terbunuh manakala tiga lelaki yang juga jirannya cedera ketika cuba menyelamatkannya.
Menurut Manna, jirannya tinggal di rumah berkenaan bersama suami berusia 40 tahun dan empat anak berusia antara lima hingga 13 tahun.

KEADAAN rumah Norriza yang hangus dijilat api
Menceritakan semula kejadian itu, Manna berkata, dia terjaga daripada tidur selepas mendengar jeritan orang meminta tolong.
“Saya bergegas keluar dari rumah dan melihat mangsa (Norriza) terperangkap di tingkat dua rumahnya. Dia melambai-lambai tangan sambil menjerit minta tolong sebelum hilang dimamah api,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian, semalam.
MyMetro

No comments:
Post a Comment