Mesej ibu tidak berbalas, Habiba pergi selamanya

KAHERAH - MESIR. Mangsa yang terbunuh, Habiba Ahmed Abd Elaziz bertukar mesej dengan ibunya pada pagi Rabu lalu apabila pasukan keselamatan Mesir telah masuk ke kawasan kem di Kaherah serta menutup jalan ke sana.

“Keadaan di sini kelam kabut dan perlu berwaspada. Doakan kami ibu,” bunyi SMS gadis berusia 26 tahun itu kepada ibunya.

“Ibu serahkan kamu kepada ALLAH,” balas ibunya.

Habiba membalas lagi dengan pesanan terakhir memberitahu dirinya akan bergerak ke arah tangki.

“Saya akan menuju ke platform sekejap lagi. Ada tangki di sana,” tulisnya.

Habiba merupakan salah seorang yang terbunuh dalam kejadian pembersihan kem bantahan oleh pasukan keselamatan Mesir.

SMS menyayat hati itu disiarkan The National dan ia disahkan kepada CNN oleh adik perempuan Habiba, Arwa Ramadan.

Habiba merupakan seorang wartawan di United Arab Emirates edisi akhbar mingguan Xpress yang sedang bercuti sempena merayakan Aidilfitri.

Menurut Ramadan, Habiba berada di kem itu untuk membantu peserta yang terluka.

Tanpa mengetahui apa yang berlaku, ibu Habiba yang tinggal di Sharjah terus mengirim SMS mendoakan anaknya.

"Habiba, tolong yakinkan ibu. Ibu sudah hubungi ribuan kali. Tolong sayang, ibu risau. Beritahu ibu bagaimana keadaan kamu,” tulis ibunya.

Ibunya menghubungi telefon bimbit Habiba sekitar tengah hari sehingga seseorang menjawabnya dengan mengatakan wartawan muda itu telah meninggal dunia.

Ayahnya, Ahmed bagaimanapun terselamat.

“Ia sukar dipercayai kini dia sudah tiada. Dia seorang yang bersemangat dalam kerjanya dan mempunyai masa depan yang terjamin,” kata Timbalan Editor Xpress, Mazha Farooqui.

Sinar Harian

3 comments:

  1. al fatihah
    adik aku kalau ikutkan next week flight balik egypt, tapi dah keadaan kat sana pon tak selamat, so x tau la macam mana ni

    ReplyDelete
  2. Marilah kita sama-sama solat hajat minta saudara islam kita disana dilindungi Allah hendaknya...sedih sangat wanita dan kanak2 lelaki muslim kita di bunuh...kejam...itulah firaun zaman moden ini dan sesungguhnya tuhan itu maha kaya dan maha mengetahui...takbir...

    ReplyDelete