KHALID menunjukkan pistol yang digunakan penjenayah untuk berbalas tembakan dengan polis, semalam.
Georgetown: Polis mengesahkan lima lelaki yang mati selepas berbalas tembakan dengan polis di sebuah pangsapuri mewah di Sungai Nibong di sini, semalam, adalah pembunuh upahan yang terbabit dalam 10 kes bunuh di Pulau Pinang, Kedah dan Negeri Sembilan.
Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, penjenayah berusia antara 21 hingga 31 tahun itu juga dikenal pasti ahli kumpulan kongsi gelap dan mereka bertindak mengikut arahan ketua untuk membunuh sasaran yang ditentukan.
“Mereka juga didapati terbabit dalam beberapa kejadian bunuh sebagai tindakan balas dendam berkemungkinan berkaitan perebutan kuasa dan wang.
“Mereka tidak tinggal satu tempat bagi mengelak daripada dikesan polis dan bergerak mengikut arahan dan sasaran,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang di sini semalam.
Hadir sama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Hadi Ho Abdullah dan Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi.
Dalam kejadian jam 4.30 pagi semalam, lima lelaki berusia 21 hingga 31 tahun itu ditembak mati ketika serbuan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Jenayah Berat (D9) Bukit Aman, IPK Pulau Pinang dan IPK Kedah di pangsapuri mewah Century Bay di Sungai Nibong, di sini.
Suspek dikatakan baru seminggu tinggal di pangsapuri berkenaan dan menyewa di kawasan eksklusif itu bagi melindungi kegiatan mereka.

MAYAT seorang daripada lima penjenayah dibawa masuk ke dalam trak polis untuk dibawa ke hospital.
Khalid berkata, suspek bertindak melepaskan tembakan terhadap anggota yang melakukan serbuan sebelum tembakan balas terpaksa dilakukan sebelum membunuh semuanya.
Menurutnya, polis turut merampas tiga pucuk pistol yang digunakan dalam kejadian itu dan senjata yang dirampas itu dikenal pasti digunakan dalam beberapa kejadian bunuh sebelum ini.
“Siasatan lanjut sedang dijalankan dan ada lagi anggota kumpulan yang masih bebas dan usaha mengesan mereka giat dilakukan,” katanya.
Khalid berkata, polis tidak pernah berdiam diri terhadap kes tembak yang membabitkan pembunuhan, malah mengambil langkah menubuhkan pasukan tindakan khas serta risikan untuk memberkas penjenayah termasuk ahli kongsi gelap, pengedar dadah dan lain-lain.
“Malah, sejak Operasi Cantas Khas (Op Cantas) digerakkan di seluruh negara Sabtu lalu, 200 orang ditahan di seluruh negara dan mereka kini sedang dikenal pasti sebelum tindakan diambil mengikut Akta Pencegahan Jenayah bagi tempoh 24 jam,” katanya.
Menurutnya, mereka yang ditahan akan melalui pelbagai peringkat saringan termasuk pemeriksaan rekod jenayah lampau, ujian air kencing, tubuh badan, kenderaan yang digunakan, kesalahan trafik, pengenalan diri dan lain-lain yang berkaitan.
Katanya, operasi itu akan diteruskan dan pihaknya mendapati masih ada ahli kumpulan tertentu bergiat aktif selain bergerak dari satu tempat ke satu tempat lain mengikut arahan ketua kumpulan masing-masing.
“Polis sedang berbincang dengan Peguam Negara untuk mengambil langkah memasang alat Peranti Pemantauan Elektronik (EMD) terhadap bekas pesalah Ordinan Darurat (OD) bagi mengelak mereka gagal dikesan dan jika dipersetujui ia memudahkan polis memantau pergerakan mereka,” katanya.
Op Cantas membabitkan sekatan jalan raya, pemeriksaan premis perniagaan dan kediaman serta mengesan bekas banduan yang pernah ditahan mengikut OD yang disyaki aktif semula dalam kegiatan jenayah.
MyMetro

takutnya
ReplyDeleteTahniah Polis
ReplyDelete