Pelik! lelaki ini tinggal dalam tong sampah


Cara hidup lelaki ini tentu tidak akan ditiru siapa saja. Gregory Kloehn adalah seorang lelaki yang menghabiskan hidupnya tinggal di sebuah tempat pembuangan sampah di Brooklyn, New York.

Uniknya, di "rumah kecilnya" itu, Gregory bahkan punya mini bar yang terletak di luar rumahnya. Gregory sebenarnya mampu tinggal di rumah layak huni. Namun dia membeli tong sampah itu sebagai tempat tinggal di New York. Di sana pula dia tidur dan bekerja sehari-hari.

Gregory bahkan menambahkan roda di keempat sudut tempat sampah itu supaya "rumahnya" boleh dipindahkan kemana-mana, serta membuat sebuah pintu masuk. Untuk minum sehari-hari, dia membuat sebuah tandon air yang terletak di atas "rumahnya" yang berisi air sebanyak 6 galon. Saluran air itu juga dialirkan ke tandas kecil yang digunakannya sebagai bilik mandi.

Dengan tempat tinggalnya seperti itu, Gregory sedar dirinya selalu menjadi pusat perhatian ramai orang dan warga sekitar.

"Saya ingat mereka hanya terkejut saja bahawa seseorang boleh membuat hal seperti ini dan menghabiskan waktunya untuk membuatnya menjadi seperti rumah," kata Gregory kepada media tempatan.

wowkeren


No comments:

Post a Comment