Ismail (tengah) bersama Saupi (kanan) menunjukkan terumbu karang yang berjaya dibiakkan di dalam tangki di Pusat Ikan Hiasan
PORT DICKSON – Jabatan Perikanan akan menternak pelbagai spesies terumbu karang dan kuda laut menggunakan kaedah teknologi.
Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan) Jabatan Perikanan, Ismail Abu Hassan berkata, idea itu tercetus hasil kejayaan penyelidikan dari penyelidik muda Jabatan Pertanian.
Menurutnya, langkah itu juga dibuat memandangkan sekarang banyak batu karang musnah sama ada akibat pencemaran ataupun 'dicuri' oleh mereka yang tidak bertanggungjawab bagi tujuan komersial.
"Sebelum menternak terumbu karang ini, jabatan juga akan mengadakan kursus kepada 10 belia pada November depan di Pusat Ikan Hiasan dekat sini, bagi mendedahkan mereka bagaimana proses menternak terumbu karang.
"Malah jabatan juga mensasarkan sekurang-kurangnya sehingga hujung tahun ini dua usahawan terumbu karang akan dilahirkan dalam kalangan belia,” katanya kepada Sinar Harian pada sidang media hala tuju penyelidikan perikanan menjelang tahun 2020 di Pusat Ikan Hiasan, dekat sini.
Ismail berkata, terumbu karang mempunyai nilai komersial yang sangat tinggi, malah ia mempunyai industrinya tersendiri.
“Permintaan terumbu karang sangat tinggi terutama di pasaran Eropah dan Amerika Syarikat. Di rantau ini, permintaan terumbu karang juga tinggi.
Beliau berkata, hasil penyelidikan pihaknya berjaya menemui formula atau kaedah untuk membiakkan kuda laut dalam tangki dan ia satu pencapaian sangat dibanggakan.
Sinar Harian

No comments:
Post a Comment