Kes Altantuya: Azilah, Sirul dibebaskan dari tuduhan membunuh


Putrajaya: Bekas Pegawai Unit Tindakan Khas (UTK) Cif Inspektor Azilah Hadri dan bekas Koperal Sirul Azhar Umar dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan daripada sabitan hukuman mati atas tuduhanmembunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu, tujuh tahun lalu.

Panel tiga hakim diketuai Hakim Datuk Mohamed Apandi Ali bersama sama Datuk Linton Albert dan Datuk Tengku Maimon Tuan Mat sebulat suara membuat keputusan itu yang dibacakan oleh Tengku Maimon.

Azilah Hadri dan Sirul Azhar masing masing akan dibawa pulang ke penjara Kajang dan Tapah untuk menjalani beberapa proses sebelum dilepas dan dibebaskan.

BH


6 comments:

  1. Kesiannyaaaaaaaa diorang.... kena disabitkan kesalahan begini. Dulu Razak Baginda. Kes nayaaaaaaaaaaaaaaaa!

    ReplyDelete
  2. aku tak leh tengok gambar dia ni, takut. huhu

    ReplyDelete
  3. aku setuju dua anggota polis ini memang suruhan, memang naya kalau orang suruhan sahaja yang salah..

    ReplyDelete