Nahas bas di Genting: 37 disahkan mati, 24 lelaki, 13 wanita

BENTONG: Sehingga jam 8.30 malam ini, seramai 37 orang disahkan maut manakala 16 lagi mengalami kecederaan dalam nahas bas terhumban gaung di KM3.6 Jalan Genting-Karak, petang tadi.

Jabatan Bomba dan Penyelamat berkata, daripada jumlah itu, 24 mangsa adalah lelaki manakala 13 lagi adalah wanita.

Sementara itu, 11 lelaki dan lima wanita mengalami kecederaan dalam nahas terbabit.

 ANGGOTA Bomba dan Penyelamat sedang mengeluarkan mangsa kejadian selepas sebuah bas ulang-alik Genting-Kuala Lumpur terhumban ke dalam gaung di KM3.5 menghala Kuala Lumpur, petang ini. - Foto AFP


SULTAN Pahang, Sultan Ahmad Shah tiba di lokasi nahas bas yang terhumban ke dalam gaung di Jalan Genting-Karak di sini, sebentar tadi, bagi meninjau kerja-kerja menyelamat mangsa. - Foto NSTP

BH

1 comment:

  1. terlambat tau pasal ni sbb timeline twitter penuh dgn metalica. Kejadian rupanya tghr tadi..

    ReplyDelete