Seorang wanita rela mengemis demi pembedahan besarkan payudara

Christina Andrews, membawa sepanduk berwarna merah jambu dengan tulisan biru terang untuk menarik perhatian para pengguna jalan raya di Pensacola, Florida, AS. | WEAR-TV/DAILY MAIL

FLORIDA - Christina Andrews, perempuan warga kota Pensacola, Florida, Amerika Syarikat, rela mengemis di tepi jalan di kotanya.

Namun, Christina mengemis bukan kerana miskin melainkan dia perlukan wang untuk melakukan pembedahan pembesaran payudara.

Dengan membawa sepanduk berwarna merah jambu dengan tulisan berwarna biru terang, "Not Homeless Need Boobs"

Dalam menjalankan aksinya, Christina berdiri dan berjalan di sekitar persimpangan yang sibuk di Pensacola.

"Saya hanya menginginkan payudara yang sedikit lebih besar, kerana saya tak puas dengan saiz payudara saya saat ini. Dan saya kira ini (mengemis) adalah cara terbaik mendapatkan wang," kata Christina kepada stesen televisyen WEAR-TV.

"Biasanya orang mengaku miskin atau tak punya rumah. Saya tidak seperti itu ... saya hanya berusaha jujur," ujarnya.

Di luar anggaran Christina, ternyata ramai pengguna jalan yang bersimpati. Mereka bahkan sempat berhenti dan memberikan wang untuk perempuan itu.

"Awalnya saya kira pengguna jalan akan mentertawakan saya dan terus pergi. Namun, mereka telah memberikan wang," tambah Christina.

Sebahagian besar pemandu yang memberikan wang mengaku mereka tak boleh melewatkan sepanduk merah muda dengan tulisan biru yang dibawa Christina.

"Ini sangat gila. Yang ini lain dari yang sering kita lihat di jalanan," kata seorang pengguna jalan.

Walaupun ramai orang yang memberi wang untuk Christina, setakat ini belum diketahui berapa banyak wang yang sudah dikumpulkannya.

Yang jelas, perempuan itu menganggap aksi "uniknya" itu cukup berjaya.

"Sekurang-kurangnya saya boleh membuat orang tersenyum," pungkas Christina.

kompas

2 comments: