BANGI: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) hari ini mengesahkan tiada DNA babi dikesan dalam dua sampel coklat Cadbury yang diambil terus dari kilang produk tenusu berkenaan minggu lalu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, sampel yang dianalisis oleh Kementerian Kesihatan sebelum ini sudah tercemar kerana ia tidak diambil terus dari kilang berkenaan.
Beliau mengumumkan perkara itu pada sidang media di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) di sini, sebentar tadi.
Jamil Khir berkata, tiada sebarang hasrat kerajaan untuk melindungi syarikat Cadbury Confectionary (M) Sdn Bhd kerana ia adalah tanggungjawab JAKIM untuk menyakinkan umat Islam.
"Untuk tindakan susulan, kita akan buat pemantauan sekali lagi secara menyeluruh di kilang berkenaan supaya produk yang dikeluarkan benar-benar mematuhi piawaian pensijilan halal Malaysia," katanya.
Sumber

Tindakan pihak berwajib mengambil sample terus dari kilang utk tujuan ujian DNA Babi adalah meragukan kerana produk baru yg diambil dari kilang memberi ruang kpd pihak kilang utk memanipulasi kandungan produk baru tersebut. Kenyataan pihak berwajib bahawa mereka tidak berhasrat utk melindungi pihak kilang adalah sekadar alasan utk menyelamatkan diri dan pihak kilang. sedangkan sampel yang sebenar mesti diambil dari produk yg berada dipasaran... kesal kerana pihak berwajib masih cuba mengelirukan org ramai...
ReplyDeletemn buktinya??
ReplyDeleteSepatutnya pihak jakim kene ambik sampel coklat dari batch yg sama untuk mengesahkan sampel pertama samada dna babi ada ke tidak....bkn dari kilang dimana pihak kilang telah membuat persiapan awal sebelum sampel diambil...
ReplyDelete