pecah kotak pejabat

Filem2 yang berada kedudukan teratas carta box-office di Amerika Utara sehingga semalam

1. Filem ketujuh daripada francais filem Saw ini yang mengisahkan pembunuh bersiri dan anak didiknya, meraih jualan tiket sebanyak AS$24 juta (RM74 juta) pada minggu pertama tayangannya, menurut Exhibitor Relations

2. Paranormal Activity 2, filem tentang hantu yang dirakam menerusi kamera pengasuh kanak-kanak jatuh ke kedudukan kedua dengan jualan tiket sebanyak AS$16.5 juta (RM51 juta).

3. Kekal di tangga ketiga ialah filem perisikan Red yang dibintangi Bruce Willis, Morgan Freeman, John Malkovich dan Helen Mirren yang mengutip AS$10.8 juta (RM33 juta).

4. Filem arahan Johnny Knoxville, Jackass 3D di kedudukan keempat dengan jualan sebanyak AS$8.4 juta (RM26 juta). Filem aksi komedi ini, setakat ini mengumpul AS$101.6 juta (RM315 juta) selepas tiga minggu ditayangkan

5. Hereafter, filem arahan Clint Eastwood tentang kematian tiga orang dengan cara berlainan yang dibintangi oleh Matt Damon di tangga kelima dengan jualan tiket AS$6.3 juta (RM20 juta)

6. Di tangga keenam ialah Secretariat, filem mengenai seekor kuda lumba yang memenangi kejohanan Triple Crown yang memperolehi AS$5 juta (RM15.5 juta).

7. Filem mengisahkan pengasas Facebook, The Social Network pula meraih AS$4.7 juta (RM14.6 juta) sekali gus menduduki tangga ketujuh

8. Sebuah filem romantik komedi Life As We Know It, mengisahkan seorang lelaki dan wanita yang berusaha membesarkan bayi rakan mereka yang maut dalam kemalangan jalan raya berada di kedudukan kelapan dengan kutipan sebanyak AS$4.1 juta (RM12.7 juta)

9. The Town, filem dibintangi Ben Affleck menduduki tangga kesembilan dengan jualan tiket sebanyak AS$2 juta (RM6.2 juta).

10. Kedudukan ke-10 carta pula diisi oleh Conviction, filem berdasarkan kisah benar yang dibintangi oleh pemenang Oscar, Hilary Swank yang melakonkan watak sebagai seorang wanita yang memperolehi ijazah undang-undang untuk membebaskan adiknya tersalah disabit kesalahan.

......................................................

semua filem ni aku tak tgk lgi hohoh



13 comments:

  1. hoho!!
    aku pon sama..
    sume tak tgk lagi!!
    tp yg fess box ofis tu harus tgk!!!
    bl nk tgk~~

    ReplyDelete
  2. dah smpai kt sini ke...aku rasa lom lgi

    klu dh tgk 6 siri..yg ke 7 mesti la kena layan gak

    ReplyDelete
  3. cite paronormal aktiviti mmg xleh blah....

    ReplyDelete
  4. pernh baca review kt blog mn tah...mengatakan yg cerita RED mmg best..pergi la tgk... ;)


    jom ke APA KATA HATI pulak,
    ALLAH SENTIASA BERSAMA KAMU

    ReplyDelete
  5. memang kebanyakan nye aku xtgk lagi gak...
    hahaha...

    ReplyDelete
  6. ceroi:

    ada yg dh tgk kan?...aku, smua filem tu lom tgk heh

    ReplyDelete
  7. nabilah:

    betul2..mmg ramai kata muvie tu best

    ReplyDelete
  8. sama la aku pun xtgk lagi...huwaaaaaa...xleh jadi kena laju2 g panggung nie..

    cite Takers xmasuk dalam nie? pelikk

    aku nak tgk Red, The Social Network, Here After n Town..paranormal seram jgk..tp citer SAW tue memang aku xpenah ikut sbab cerita tue terlalu kejamm..aku xberani nak tgk..
    =(

    ReplyDelete
  9. Kat 411 sekarang tayang filem 2012.dulu filem ni pecah kotak pejabat juga kan?..

    ReplyDelete
  10. relevan:

    xigt la pulak...pecah kotak pejabat ke bungkus lam kotak

    ReplyDelete
  11. husz:

    cepat gi tgk....org amerika xminat kot citer takers tu...
    yg kejam tu yg bestnya...tgk org kena seksa hohoh

    ReplyDelete