Marutaro si landak selebriti yang lucu


Haiwan yang jadi selebriti di internet ternyata bukan hanya anjing dan kucing . Kini ada seekor landak yang membuat para netter geram dengan kecomelannya . Namanya adalah Marutaro .

Landak ini tinggal di Jepun dan mempunyai pasangan serta anak betina . Ia menjadi terkenal di internet kerana pemiliknya begitu kreatif membuat Marutaro kelihatan lucu . Kadang-kadang Marutaro dikenakan kostum lucu atau sekadar membuat " komik " dengan tempelan pelbagai ekspresi di wajahnya .

Kecomelan Marutaro berjaya menghebohkan jejaring sosial, terbukti dengan Twitternya yang difollow oleh lebih dari 42 ribu follower . Bahkan ia mempunyai email sendiri iaitu marutarothehedgehog@gmail.com dan mempunyai agenda kalendar harian . Media antarabangsa pun turut mengulas fenomena populariti landak jantan ini .

" Comel sekali ! " puji netter . " Saya tidak menyangka landak boleh comel seperti ini , saya menganggap mereka menyeramkan dengan duri-durinya itu , " ujar yang lain .





Sumber: wowkeren.com

1 comment: