Cawan lukisan ayam berharga RM116.5 juta


HONG KONG - Sebiji cawan era Dinasti Ming yang berusia lebih 500 tahun dijual mencecah AS$36 juta (RM116.5 juta) pada satu lelongan di sini semalam.

Jualan tersebut memecahkan rekod dunia harga barangan tembikar China.

Firma Sotheby's yang mengendalikan lelongan tersebut memberitahu, artifak itu dibeli oleh taikun Shanghai, Liu Yiqian.

Cawan berdiameter lapan sentimeter itu dinamakan Cawan Ayam kerana ia dihiasi gambar seekor ayam jantan, ayam betina dan beberapa ekor anak ayam.

Bekas minuman itu dihasilkan semasa pemerintahan Maharaja Chenghua daripada Dinasti Ming yang memerintah China dari tahun 1465 hingga 1487.

"Rekod barangan tembikar China sebelum ini menjadi milik sebuah pasu era Maharaja Qianlong yang dijual pada harga AS$32.4 juta (RM104.9 juta) pada 2010. - AP

Sumber: KOSMO!

4 comments: