Syed Abdul Hafis menunjukkan antara barangan seperti duit syiling dan manik yang ditemui di Bukit Jeragan.
BATU PAHAT – Penduduk sekitar Bukit Jeragan, di sini, mendakwa menemui harta karun didakwa milik tentera Jepun dan kerajaan Majapahit yang pernah berada di lokasi berkenaan satu ketika dahulu.
Antara barangan ditemui di bukit yang turut dikenali sebagai Pulau Kundur itu adalah serpihan tembikar, manik, batu permata, hulu parang, emas, peluru lama dan syiling lama di mana bentuknya hampir sama dengan syiling ditemui di Pulau Nangka, Melaka, baru-baru ini.
Syed Abdul Hafis Syed Abu Bakar, 40, berkata, dia yang mula mencari harta berkenaan pada 1990 berjaya menemui beberapa duit syiling yang diperbuat daripada tembaga.
Menurutnya, keinginannya untuk mencari harta karun terbabit wujud sejak kecil apabila mendengar cerita daripada datuknya.
“Malah datuk saya ada temui beberapa barangan seperti batu permata yang dijadikan cincin.
“Saya difahamkan oleh orang terdahulu bahawa daerah Batu Pahat ini sebenarnya ialah lautan dan Bukit Jeragan merupakan sebuah pulau yang begitu strategik untuk perdagangan. Pada mulanya ia dikuasai oleh individu yang cukup hebat berasal dari Majapahit dikenali sebagai Jeragan Budiman dan kemudiannya telah dikuasai oleh tentera Jepun.
“Kami penduduk di sini hanya mencarinya secara sendirian, namun ada kalanya tidak menemui apa-apa. Tetapi kebanyakan orang termasuk dari luar akan menemui sesuatu terutamanya manik dan batu permata,” katanya, di sini semalam.
Syed Abdul Hafis bersama penduduk setempat percaya masih banyak lagi harta yang tertanam di bukit berkenaan kerana sebelum pembangunan berlaku, terdapat pintu gua yang kecil, tetapi tertimbus sedikit demi sedikit.
Katanya, dia juga pernah menggunakan alat pengesan logam di kawasan berkenaan khususnya di kawasan kubur lama dan bacaan diterima menunjukkan terdapat logam yang tertanam di sekitar lokasi terbabit.
“Disebabkan ia kubur, kami penduduk sekitar tidak mengoreknya kerana tahu ia salah... dan kami mengharapkan agar kerajaan negeri dapat melakukan sesuatu untuk membongkar antara khazanah berharga di Batu Pahat ini.
“Kami juga difahamkan gelaran Bandar Penggaram yang diberikan kepada Batu pahat ini berasal dari sekitar ‘pulau’ ini juga yang mana namanya ialah Pangkal Jeram sebelum kemudiannya menjadi Penggaram,” katanya.
Dia bersama penduduk berharap ‘pulau’ dan khazanahnya dibongkar untuk dipelihara oleh kerajaan sebagai tarikan sejarah.
“Penduduk asal di Bukit Jeragan juga diharapkan tidak dipindahkan di mana kini terdapatnya satu rumah yang diwarisi turun-temurun,” katanya.
Sementara itu, seorang lagi penduduk, Ibrahim Johari, 75, berkata, kawasan Bukit Jeragan berkenaan memang tidak putus-putus dikunjungi orang ramai.
Katanya, dia yang merupakan antara penduduk asal di situ, mendengar sejarah secara lisan daripada datuknya yang menyatakan Bukit Jeragan berkenaan merupakan pelabuhan yang sibuk dan dikunjungi pedagang dari China, India, Arab dan juga Eropah
“Selain tempat berdagang, atuk juga ada memberitahu ia juga dijadikan tempat berehat oleh Orang Besar di Nusantara, termasuklah para sultan serta keturunan diraja, selain terdapatnya pintu gerbang seperti A Farmosa, di Melaka.
“Saya juga pernah bermimpi yang memberitahu di Bukit Jeragan yang turut dikenali sebagai Pulau Kundur ini mempunyai harta yang tertanam di bawahnya dan mempunyai gua untuk menyimpan harta berkenaan,” katanya.
Sementara itu Ismail Bawi, 54, berkata, semasa kecil dia sering terjumpa ketulan logam berbentuk bulat seperti duit syiling, tetapi tidak menyimpannya kerana tidak mengetahui nilainya ketika itu.
“Pernah juga saya terjumpa patung angsa berwarna keemasan tetapi takut untuk mengambilnya dan apabila saya datang sekali lagi untuk mengambilnya bersama rakan, ianya telah tiada.
“Atuk saya juga pernah bercerita kepada saya yang bukit berkenaan agak sibuk satu ketika dahulu, namun kebanyakan kemudahan di situ musnah ketika tentera Jepun menyerang negara ini,” katanya.
Sumber

harta karun pulau nangka tu pon dah senyap je
ReplyDeleteada ke tak ntah
kalau maasih laku untung la..kalau x buang masa la cari..
ReplyDelete