MH370 : Terima hakikat, bersedia untuk upacara pengebumian

 
LONDON - Keluarga penumpang China dinasihatkan berhenti menyalahkan kerajaan Malaysia berhubung kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH370, sebaliknya menerima hakikat dan bersedia untuk upacara pengebumian.

Sebuah akhbar tempatan, China Daily dilaporkan menggesa keluarga penumpang berkenaan untuk menerima kenyataan bahawa pesawat MH370 telah terhempas ke dalam laut dan tiada yang terselamat.

China Daily turut menggesa keluarga penumpang untuk berhenti mengeluarkan kenyataan dan bertindak secara tidak rasional terhadap kerajaan Malaysia.

“Kita perlu memahami bahawa isu ini mungkin merupakan kejadian yang paling misteri dalam sejarah industri penerbangan awam di Asia,'' katanya. - Agensi

Utusan Malaysia

2 comments:

  1. SIAPA NAK KAN JADI MACAM NIE

    ReplyDelete
  2. Selagi takde bukti kukuh atau jumpa apa2 yg pesawat tu terhempas ke apa selagi tulah waris penumpang tak kan berdiam diri. Ini soal nyawa weii.. cuba kalau ahli keluarga sdri berada kt pesawat tu tentu nak tahu hitam putih.Lainlah kalau pegi ke alam ghaib.

    ReplyDelete