Rakaman skandal seks Bill Clinton-Lewinsky kembali bocor

Monica Lewinsky bersama Bill Clinton pada 1995 (Foto: AP)

WASHINGTON - Rakaman yang tidak pernah terdengar dari kes skandal seks antara bekas Presiden Amerika Syarikat (AS) Bill Clinton dengan Monica Lewinsky, kembali bocor ke awam. Rakaman terbaru ini menunjukkan Lewinsky yang menggoda Clinton.

Rakaman berdurasi empat minit itu dirakam pada sekitar November 1997. Namun banyak pihak yang mengira rakaman ini sudah dihancurkan, selepas skandal seks Clinton dan Lewinsky terungkap pada 1998.

Dalam rakaman yang diperoleh oleh MAJALAH iEnquirer, diduga dibuat pada Mac 1997. Berdasarkan rakaman ini menujukkan Lewinsky yang ketika itu berusia 24 tahun, mendesak Clinton untuk menemuinya. Lewinsky mengaku ingin sekali bertemu dengan bekas Presiden AS yang beristerikan Hillary Clinton tersebut.

"Pada rakaman itu, Lewinsky mengatakan dirinya terlalu manis dan comel untuk diabaikan," tulis Enquirer, seperti dipetik Daily Mail, Khamis (1/8/2013).

"Lewinsky memberikan dua pilihan kepada Clinton, bertemu dengannya di pejabat Clinton atau mereka berdua boleh menonton filem bersama," jelas Enquirer.

"Saya boleh menanggalkan seluruh pakaian dan mula ... Anda tahu sendiri kan? Dan saya yakin pasti anda akan menikmatinya? Saya berharap boleh menemuimu nanti dan berharap kamu akan mengikuti apa yang saya inginkan," ucap Lewinsky dalam rakaman yang diperoleh Enquirer.

Lewinsky yang bekerja di Rumah Putih terlibat skandal seks pertama kali dengan Clinton pada 1995 dan Mac 1997. Perselingkuhan itu baru muncul ke awam pada 1998.

Sedar menjadi perhatian utama, Lewinsky menjadi badai politik yang menimpa Clinton dan dirinya bahkan beberapa kali melakukan wawancara khas.

Meski sudah 15 tahun skandal seks itu berakhir, kehadiran Lewinsky masih membayangi kehidupan Clinton walaupun dirinya bukan lagi presiden. Khususnya, hal ini akan mempengaruhi kerjaya politik Hillary Clinton, yang dijangka akan mencalonkan diri sebagai Presiden AS pada 2016

okezone

2 comments: