Penyamun rambut bermaharajalela di Venezuela

IMEJ menunjukkan lakonan semua cara pencuri rambut menarik dan menggunting rambut wanita di Venezuela untuk dijual bagi mendapatkan wang dengan harga yang lumayan.- Agensi

MARACAIBO - Ramai wanita berambut panjang kini hidup dalam ketakutan ekoran kejadian kecurian rambut yang semakin berleluasa di sini dan beberapa bandar lain di Venezuela.

Penyamun-penyamun rambut itu yang digelar 'piranhas' oleh penduduk tempatan lengkap bersenjatakan gunting. Mereka bertindak menyerang wanita dan menggunting rambut mereka untuk dijual kepada salon rambut.

Kehadiran mereka menyebabkan penduduk wanita di sini diancam ketakutan.

Kaum lelaki dan wanita Venezuela amat menghargai rambut panjang yang bersinar kerana ia dianggap sebagai simbol keremajaan dan kecantikan.

"Ya, ini seperti tidak munasabah tetapi anda perlu melihat sendiri untuk mempercayai bahawa penyamun rambut memang wujud," kata seorang penduduk di sini, Egmari Villarreal.

Susulan perkembangan tersebut, polis di sini memberitahu, mereka telah mengambil langkah berjaga-jaga dengan meningkatkan rondaan di kawasan kejadian.

Rabut yang dicuri itu dijual untuk dijadikan rambut sambungan pada harga lebih AS$500 (RM1,629) berbanding AS$40 (RM130) untuk rambut sintetik. - Agensi

KOSMO!

1 comment: