Tarian berahi atas meja tepat jam 12 tengah malam

DUA penari separuh bogel sedang melakukan tarian berahi bagi menghiburkan pelanggan.

Kuala Lumpur: Tepat jam 12 tengah malam, sekumpulan tiga wanita yang hanya berseluar dalam dan memakai coli akan mempersembahkan ‘tarian berahi’ di atas meja bagi menghiburkan pelanggan.

Tarian separuh bogel itu disediakan sebuah pusat hiburan di ibu kota sejak lebih tiga bulan lalu dipercayai bagi menarik pengunjung terutama lelaki hidung belang ke premis berkenaan.

Wartawan Harian Metro yang mendapat aduan daripada penduduk setempat menyamar sebagai pelanggan untuk memastikan kesahihan dakwaan berkenaan.

Pemerhatian mendapati, premis berkenaan mula beroperasi jam 10 malam pada setiap hari, bagaimanapun tarian berahi terbabit hanya akan bermula tepat jam 12 tengah malam.



Tarian atas meja itu akan dilakukan selama 20 minit untuk satu sesi sebelum penari berehat. Ia akan bersambung semula 30 minit kemudian sehinggalah jam 2 pagi sebelum premis ditutup.


Seorang penari warga Thailand yang bekerja di pusat hiburan itu dan memperkenalkan dirinya sebagai Angel berkata, jika mahu layanan eksklusif daripada dia dan rakannya, pelanggan diminta menempah bilik yang akan dikenakan caj mencecah RM1,000.

“Di dalam bilik berkenaan, pelanggan diberikan hak bagi menentukan kostum ataupun pakaian wanita yang dimahukan untuk membuat tarian,” katanya.

Angel, 28, turut memberitahu wartawan bahawa tarian berahi yang dilakukan dia dan rakannya termasuk wanita tempatan di atas meja tidak akan dikenakan sebarang caj.

Harian Metro

2 comments:

  1. Setiap hari ada aje maklumat tapi hairannya masih terus berleluasa. Pihak yg bertanggungjawab kena lebih peka..

    ReplyDelete
  2. Kalau kerajaan kita ni tegas..menda ni menda ni takan terjadi. kurang lah masalah pendatang asing belegar dekat sini, kes pelacuran, kes HIV dan macam macam..

    tapi no komen...

    ReplyDelete