Mahasiswa bergaduh, 30 bilik kuliah dibakar

 
MANADO - INDONESIA. Pergaduhan antara mahasiswa di Universiti Sam Ratulangi (Unsrat) Rabu lalu akhirnya berkesudahan dengan kebakaran beberapa unit bangunan kuliah dan puluhan motosikal.

Ekoran kejadian, berpuluh jentera pemadam kebakaran dikerah bagi memadam api, sementara pihak polis terpaksa berkawal bagi menghalang mahasiswa terus bertindak balas.

Memetik laporan Tribunnews.com, terdapat empat bangunan akademik dua tingkat musnah terbakar.

Bangunan yang terlibat dalam kebakaran termasuk bangunan Fakulti Kejuruteraan membabitkan makmal Elektrik, Senibina dan bilik kuliah.

Sekitar 30 bilik kuliah dipercayai terbakar dalam insiden itu.

Ketika ini, pihak polis masih berusaha memisahkan mahasiswa yang bertelingkah bagi mengelak kejadian tidak diingini.

Laporan itu menyebut, pergaduhan pada mulanya berlaku antara mahasiswa Fakulti Kejuruteraan dan Fakulti Undang-undang.

Sumber: Sinar Harian

3 comments: