Kerabat Diraja Kelantan parah dalam kemalangan

SEORANG kerabat Diraja Kelantan terlantar di tengah jalan dalam keadaan cedera parah dalam kejadian itu.

Gua Musang: “Saya melihat kereta dinaiki tiga beradik itu menuju ke arah saya di laluan bertentangan sebelum mengelak, namun bertembung dengan dua lagi kereta di belakang yang sama-sama menuju ke arah Kuala Krai,” kata Yusri Ismail, 31, yang terselamat dalam kemalangan membabitkan empat kenderaan di sini, pagi semalam.

Dalam kejadian jam 7.30 pagi, seorang maut dan lima parah, termasuk tiga beradik kerabat diraja Kelantan, selepas kereta dinaiki bertembung di Kilometer 25.9 Jalan Gua Musang-Krai berhampiran Gua Sejuk.

Mangsa yang maut dikenali Mohd Saiful Bahri Awang, 41, dari Rancangan Kemajuan Tanah (RKT) Kesedar Sungai Asap A manakala isterinya Siti Nor Fazlina Mohamad, 34, yang juga jururawat Klinik Kesihatan Jeram Tekoh, cedera parah.

Tiga beradik terbabit itu turut mengalami cedera parah iaitu Tengku Ibrahim Farihaddin Tengku Feissel, 38, adiknya Tengku Fatimah Ainura, 34, dan Tengku Farini Amelina, 26, selain penyelia Tanah Rancangan Felda Jengka 9, Mohd Faizal Mohd Sukri, 30, yang menerima rawatan di Hospital Gua Musang (HGM).

Yusri dan isterinya Faradila Kadir, 30, terselamat kerana sempat mengelak.


Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

3 comments:

  1. kesiananya biar mcm tu je ke...

    ReplyDelete
  2. Kenapa di biarkan mangsa disitu...kesiannya...banyak orang tengok tak da orang p tolong...

    ReplyDelete