Sabah diceroboh: Tentera telah bertindak pagi ini, serangan telah dilancarkan


KUALA LUMPUR: Pasukan keselamatan lancar serangan jam 7 pagi ini terhadap kumpulan penceroboh di Kampung Tanduo, Lahad Datu, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dalam satu kenyataan sebentar tadi.

Kenyataan penuh PM serangan pasukan keselamatan di Lahad Datu

Berikut adalah kenyataan penuh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung serangan di Kampung Tanduo, Lahad Datu:

Sejak pencerobohan oleh kumpulan bersenjata di Lahad Datu pada 12 Februari 2013, kerajaan mengambil pendekatan untuk menyelesaikan konflik ini tanpa pertumpahan darah.


Pihak polis sudah mengadakan pertemuan dan rundingan dengan harapan penceroboh akan bersetuju keluar dengan aman tanpa dikenakan sebarang tindakan undang-undang yang serius.

Semakin lama pencerobohan ini berlanjutan, jelas kepada pihak berkuasa bahawa penceroboh tidak berniat untuk keluar dari tanah Sabah.

Pada hari Jumaat lalu, mereka melepaskan tembakan ke arah anggota polis yang bertugas di kawasan tersebut menyebabkan dua anggota kita terbunuh; sehari kemudian enam lagi anggota polis dibunuh oleh penceroboh di Semporna.

Selepas serangan yang pertama, saya menegaskan bahawa penceroboh mesti menyerah diri dan jika mereka enggan pihak berkuasa negara ini akan bertindak.

Sebagai negara Islam yang cintakan keamanan dan mengangkatkan perjuangan penyelesaian konflik scara perundingan, usaha kita menggelakkan pertumpahan darah di Lahad Datu tidak berjaya.
Sebaliknya, anggota pasukan keselamatan kita diserang dan dibunuh, rakyat Malaysia khususnya di Sabah bimbangkan keselamatan mereka.

Kerajaan mesti mengambil tindakan yang sewajarnya bagi menjaga marurah dan kedaultan negara sebagaimana yang dituntut oleh rakyat.

Pada jam 7 pagi ini pasukan keselamatan melancarkan serangan di Kampung Tanduo.



Beberapa letupan bom kedengaran

Kedengaran beberapa letupan bom dipercayai daripada jet pejuang tentera dijatuhkan di Kampung Tanduo, dekat sini yang menjadi lokasi persembunyian kumpulan penceroboh dari Selatan Filipina.

Sejak jam 7 pagi tadi, kedengaran empat kali bunyi bom dari hotel wartawan yang membuat liputan yang terletak kira-kira 20 km dari lokasi kejadian.


Ambulans, kakitangan Hospital Lahad Datu siap sedia dari awal pagi

LAHAD DATU: Kenderaan Ambulans dan kakitangan bahagian kecemasan Hospital Lahad Datu dalam keadaan bersiap sedia sejak awal pagi ini.

Keadaan itu disaksikan wartawan BH Online ketika berada di lokasi ketika ini  - Berita Harian


3 comments:

  1. Ya Allah takut plak. harap semuanya selamat. moga Allah memberi perlindungan pada rakyat kita dan anggota keselamatan yg berjuang di sana

    ReplyDelete
  2. Ngerinya kakak.Moga semuanya berakhir dgn selamat. Kita doakan perajurit kita dan rakyat sabah di sana...

    ReplyDelete