Nak beli iPhone 5 murah, pelajar ditipu RM76,100

TEO (kanan) menunjukkan iklan Shop Gadget Store yang menawarkan iPhone5 dengan harga murah dalam sebuah laman web sambil diperhatikan Michael di Kuala Lumpur semalam.
KUALA LUMPUR - Gara-gara mahu membeli telefon bimbit pintar iPhone 5 dengan harga yang murah, seorang penuntut institusi pengajian tinggi swasta di sini mendakwa mengalami kerugian RM76,100 selepas diperdaya individu yang menjual peralatan tersebut menerusi internet pada Februari lalu.

Mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Teo, 21, berkata, suspek yang mendakwa dirinya dari Nigeria menawarkan sebuah iPhone 5 dengan harga AS$300 (RM932.96) dan berjanji menghantar telefon bimbit yang ditempah itu dalam masa dua hingga tiga hari selepas pembayaran dibuat.

"Pada 4 Februari lalu, saya telah menempah 75 buah iPhone 5 melalui iklan Shop Gadget Store dalam sebuah laman web sebelum membuat pembayaran RM55,000 kepada seorang lelaki yang dikenali sebagai Yemi Williams dengan cara kiriman wang.

"Beberapa hari kemudian, saya diminta membayar RM5,000 lagi sebagai kos kastam bagi membolehkan barangan tersebut dihantar ke rumah saya," katanya pada sidang akhbar di Pejabat Biro Pengaduan dan Perkhidmatan Awam MCA di sini semalam.


No comments:

Post a Comment