Lahad Datu: Kenderaan perisai berantai yang tiba kelmarin, mula memasuki ladang sawit FELDA Sahabat 17 di sini, bagi membantu pasukan infrantri Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menjejak saki-baki pengganas selain mengurangkan risiko kecederaan atau kematian anggota pasukan keselamatan.
Panglima 1 Divisyen Tentera Darat Mejar Jeneral Datuk Mohd Zaki Mokhtar berkata, kemampuan 12 kenderaan berkenaan yang juga digelar Adnan, dilengkapi persenjataan berat termasuk meriam dan mesingan itu membolehkan lebih banyak lokasi mampu digeledah pasukan keselamatan.
“Kenderaan berperisai ini mampu mengharungi pelbagai bentuk muka bumi, termasuk kawasan paya.
“Kami yakin dengan tahap mobiliti, daya perlindungan dan kemampuan kenderaan perisai ini bagi melancarkan Op Daulat,” katanya pada sidang media di FELDA Sahabat 16, di sini, semalam, yang turut dihadiri Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib.
Mohd Zaki berkata, lebih banyak lokasi mampu diredah pasukan keselamatan dalam usaha menjejak saki-baki pengganas yang berkeliaran.
“Pagi ini kenderaan berperisai berantai mula masuk ke kawasan operasi termasuk Tanjung Batu membantu pasukan hadapan.
“Kita harap semuanya berjalan baik dan dengan bantuan Adnan, lokasi lebih luas boleh diredah,” katanya.
Katanya, orang ramai diminta bersama-sama berdoa agar usaha membersih sepenuhnya kawasan berkenaan dapat dilaksanakan. Kenderaan berperisai itu dibawa ke sini menggunakan kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang berlabuh di Pelabuhan Tawau Ahad lalu, sebelum diangkut menggunakan treler ke FELDA Sahabat.
Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin sebelum ini berkata, ATM akan menempatkan 12 Adnan serta dua helikopter Augusta A109LOH milik Tentera Darat Malaysia (TDM) bagi memperkukuh Ops Daulat. - Harian Metro

doakan yang terbaik
ReplyDelete