Bilionair F1 menghabiskan RM60 juta untuk majlis kahwin anak

Tamara bersama bapanya, Bernie Ecclestone.
Bilionair Formula One, Bernie Ecclestone menghabiskan RM60 juta untuk majlis perkahwinan anaknya, Petra tidak lama dulu.

Kini, dia dijangka berbelanja sebanyak itu juga, untuk kakak Petra, Tamara di selatan Perancis, musim panas ini.

Tamara tidak mahu mengalah dengan adiknya. Dia merancang menghiburkan tetamu dengan persembahan daripada Jennifer Lopez, Lionel Richie dan Calvin Harris.

Perbelanjaan untuk itu saja akan menjangkau RM17.5 juta.

Kos lain akan termasuk jet peribadi untuk mengangkut tetamu, penyewaan kereta mewah, pakaian pengantin dan barang kemas.


Tidak boleh dilupakan juga ialah kos bulan madu.
Selepas bercinta tiga bulan, Tamara, 28, akan berkahwin dengan tunangnya, bekas broker saham, Jayu Rutland, 31, pada Jun depan di Hotel Du Cap berhampiran Antibes di Cote D’Azur.

Hotel lima bintang itu adalah antara tempat paling berprestij dengan kadar suitenya mencecah RM10,000 satu malam dan menjadi pilihan puluhan tetami kelas A.

Tamara dan Jay dilapor mempelawa 300 jemputan untuk menghadiri majlis mereka yang dijangka diadakan selama empat hari.

Kos mengadakan jamuan dipercayai amat besar.

Satu sumber berkata baru-baru ini: “Tamara berhasrat merancang berkahwin sekali saja. Kerana itu dia mahukan majlis terbabit diadakan secara besar-besaran dan boleh dikenang sepanjang hidupnya, Dia mahu tetamunya merasakan majlis itu yang terbaik pernah mereka hadiri.”

Dengan tiga bulan saja lagi, kos mengadakan acara itu dapat dilihat mungkin melebihi perbelanjaan perkahwinan Petra pada Ogos 2011.

Meskipun RM60 juta itu boleh dilihat amat kecil jika dibandingkan dengan kekayaan Ecclestone yang dianggar berjumlah RM12.5 bilion. - Harian Metro



No comments:

Post a Comment