Bayi 6 bulan maut ditembak ketika bapa salin lampin

Jonylah Watkins

CHICAGO - Seorang bayi berumur enam bulan dilaporkan meninggal dunia selepas ditembak sewaktu bapanya menyalinkan lampin mangsa dalam mini van di Chicago, Amerika Syarikat.

Jurucakap polis, Mike Sullivan berkata,  ketika kejadian, seorang individu bersenjatakan pistol melepaskan tembakan ke arah Jonylah Watkins dan bapanya tanpa sebab.

"Serangan mengejut ini meningkatkan jumlah statistik kematian akibat jenayah bunuh dan lari kepada 16 peratus berbanding 605 orang pada 2012.

Tahun ini sahaja, jumlah mangsa maut adalah 60 orang, dengan 250  melibatkan serangan senjata api, " katanya dalam laporan yang dipetik AFP

Sementara itu, lapor akhbar Chicago Tribune memetik, ibu mangsa telah ditembak di bahagian kaki ketika hamil enam bulan.- Sinar harian

No comments:

Post a Comment