Saat memalukan David Beckham

Bekas kapten pasukan bola sepak England, David Beckham mengalami situasi memalukan apabila dia tergelincir dan terjatuh selepas melakukan satu aksi tendangan bola, lapor akhbar dalam talian MailOnline kelmarin.

Bintang berusia 37 tahun itu jatuh di hadapan sekumpulan pemain bola sepak muda China semasa dia mengadakan lawatan di Kelab Bola Sepak Zall di wilayah Hubei kelmarin.

Beckham muncul di padang dengan mengenakan sut mewah berwarna kelabu dan memakai kasut kulit ketika mengambil tendangan.

Pemain kelab Perancis, Paris Saint-Germain itu dilaporkan menunjukkan cara mengambil sepakan percuma yang sempurna.

Bagaimanapun, dia gagal untuk mengimbangi diri lalu jatuh terlentang.

Dia berada selama lima hari di negara tembok besar itu kerana memegang peranan sebagai duta sukan bola sepak China.






Kosmo, Daily Mail


2 comments: