Sabah diceroboh: Seorang pengganas ditembak mati hari ini, kelmarin seorang bunuh diri dalam lokap


LAHAD DATU: Seorang pengganas ditembak mati dalam Ops Daulat ketika pertempuran dengan anggota keselamatan di Kampung Tanjung Batu pada jam 10.15 pagi tadi.

Panglima Medan Tentera Darat, Leftenan Jeneral Datuk Seri Zulkiple Kassim berkata, pertempuran antara anggota keselamatan dan kumpulan pengganas bermula jam 9.55 pagi tadi.


Penceroboh bunuh diri dalam lokap

Semporna: Seorang lelaki disyaki pengganas Sulu yang ditahan dalam Ops Daulat, ditemui mati dalam lokap di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau, pagi kelmarin, dipercayai membunuh diri.

Lelaki berusia 25 tahun yang ditahan dalam serbuan pasukan keselamatan di Kampung Pinggir Bakau, Semporna, 10 Mac lalu, dipercayai menjerut lehernya menggunakan baju lokap di pintu jeriji lokap sebelum melipat kedua belah kakinya ke atas. 

Suspek itu ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (SOSMA).


Kad pengenalan palsu

Pegawai perubatan Hospital Tawau yang dipanggil ke lokap Cawangan Khas (SB) IPD Tawau mengesahkan suspek yang memiliki kad pengenalan palsu ketika ditahan, sudah meninggal dunia.

Ketua Polis Daerah Semporna, Deputi Superintendan Mohd Firdaus Francis Abdullah, mengesahkan kejadian itu. - BH


No comments:

Post a Comment