Perompak bodoh


Beijing: Perompak sentiasa bertindak untuk mengelirukan polis dan penyiasat, termasuklah lelaki di atas.

Bagaimanapun, lelaki itu bukanlah tergolong dalam senarai perompak pintar.

Dia melindungi identitinya dengan menyerkup tong sampah pada kepala ketika merompak sebuah kelab malam di wilayah Yunnan, China.

Namun, tong sampah itu lut sinar, memudahkan polis mengecam wajahnya daripada rakaman CCTV.

Pengurus kelab itu berkata: “Dia mulanya memadamkan lampu di pintu dan sejam kemudian, dia naik ke tingkat dua dengan kepalanya diserkup dengan tong sampah”.

Perompak berkenaan ditangkap beberapa hari kemudian. - Harian Metro


No comments:

Post a Comment