PEGAWAI penguat kuasa JHEAIPP merampas pelbagai buku dan kitab yang digunakan kumpulan terbabit |
Georgetown: Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Pulau Pinang (JHEAIPP) membongkar kegiatan satu kumpulan ajaran sesat yang taasub menggunakan kitab untuk belajar agama serta memuja gambar seorang lelaki didakwa wali di Bangladesh.
Kegiatan kumpulan itu dibongkar menerusi Ops Akidah apabila sepasukan 20 pegawai penguat kuasa JHEAIPP dibantu enam pegawai Jabatan Imigresen dan anggota polis melakukan serbuan di sebuah rumah di Batu Maung, di sini, malam kelmarin.
Seramai 15 lelaki warga Bangladesh termasuk tiga lelaki tempatan dicekup kerana disyaki terbabit ajaran mencurigakan.
Kumpulan terbabit menjadikan sebuah rumah sewa sebagai pusat menyebarkan ajaran mereka.
Mereka juga didakwa mengamalkan kegiatan keagamaan yang pelik kerana hanya menjalankan aktiviti setiap Ahad jam 6.30 petang hingga 12 tengah malam. - Harian Metro

giler ke hapa??
ReplyDeletebahaya nie
ReplyDelete