Keratan Sinar Harian semalam yang melaporkan jangkitan Rotavirus di Taman Sri Desa dekat Felda New Zealand.
|
LUIT - Seorang lagi kanak-kanak berusia 6 tahun dikhuatiri dijangkiti Rotavirus apabila mengalami simptom muntah, cirit-birit dan demam menjadikan kes meningkat kepada 19 orang.
Pengarah Kesihatan Pahang, Dr Norhizan Ismail berkata, walaupun terdapat peningkatan kes, namun 18 kes terdahulu termasuk 11 kanak-kanak di Taman Sri Desa dekat Felda New Zealand yang dipercayai dijangkiti virus itu beransur pulih dan dalam keadaan baik.
Menurutnya, kes terbaru itu pula, pesakit hanya menerima rawatan sebagai pesakit luar dan dibenarkan pulang serta kini berada dalam keadaan stabil.
“Kes terbaru ini direkodkan pada Ahad lalu dan hari ini (semalam), tiada kes jangkitan virus direkodkan.
“Pihak jabatan akan terus melakukan pemantauan dari masa ke masa bagi memastikan tiada jangkitan baru dan kes terdahulu pulih sepenuhnya," katanya kepada Sinar Harian.
Norhizan berkata, sebuah tabika di Taman Sri Desa yang disyaki bermulanya jangkitan Rotavirus itu sudah diarahkan tutup sehingga cuti persekolahan yang bermula pada minggu hadapan.
Katanya, punca jangkitan masih dalam siasatan sehingga pihak jabatan menerima keputusan laporan makmal.
Akhbar ini semalam melaporkan seramai 18 penduduk termasuk 11 kanak-kanak berusia antara 4 hingga 6 tahun dikhuatiri dijangkiti Rotavirus apabila mengalami simptom ciri-birit, muntah dan demam sejak seminggu lalu.
Sementara 44 yang lain terdedah kepada jangkitan virus tersebut berikutan mempunyai kaitan dengan ahli keluarga yang dijangkiti. - Sinar Harian

bahayanya
ReplyDeletejaga kesihatan ye semua...
ReplyDelete