Sabah selama-lamanya sebahagian Malaysia
KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sekali lagi menegaskan bahawa negeri Sabah selama-lamanya adalah sebahagian daripada Persekutuan Malaysia.
Untuk itu, beliau menjelaskan, rakyat Sabah adalah warganegara Malaysia dan kerajaan akan tetap mempertahankan kemerdekaan, kedaulatan dan keutuhan wilayah Malaysia daripada sebarang pencerobohan.
"Kita tidak akan membenarkan barang seinci pun bumi Malaysia dirampas oleh sesiapa pun. Inilah komitmen kerajaan yang ada hari ini," katanya ketika membentangkan Laporan Tahunan Program Transformasi Kerajaan di sini malam tadi.
Beliau memberitahu, insiden keganasan di Lahad Datu, Sabah menjadi semboyan peringatan kepada negara agar tidak sekali-kali mengambil mudah soal keselamatan.
"Keamanan dan kestabilan yang berpanjangan tidak harus menjadi sebab ketumpulan tahap kita berwaspada.
"Tragedi ini telah pun mengorbankan nyawa 10 orang anggota pasukan keselamatan negara. Lapan orang daripada pasukan Polis Diraja Malaysia dan mutakhir dua anggota tentera," ujarnya. - Kosmo

doakan yang terbaik
ReplyDeletekite patut sokong
ReplyDelete