Sabah diceroboh: Pertempuran di Sungai Nyamuk, seorang anggota tentera terkorban


LAHAD DATU: Seorang anggota tentera terkorban manakala tiga pengganas sulu ditembak mati dalam pertempuran di Sungai Nyamuk, Kampung Tanjung Batu di sini, kira-kira pukul 10.45 pagi Selasa.

Perkara itu disahkan Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin ketika sidang media pada petang Selasa.

Hingga kini jumlah anggota keselamatan yang terkorban dalam Op Daulat ialah sembilan orang.

Sebelum ini seramai lapan anggota polis terkorban iaitu dua wira terkorban dalam pertempuran di Kampung Tanduo pada 1 Mac dan enam lagi dalam serang hendap di Kampung Sri Jaya, Simunul, Semporna pada 2 Mac. - mstar

1 comment:

  1. إنا لله وإنا إليه راجعون
    Pengorbanan mempertahankan Malaysia, sebuah negara Islam, الفاتح. Semoga niat perjuangan yang benar, pertahankan hak dan maruah diterima dan diterima syahid di medan perang. إن شاء الله‎

    Baru saja membaca entri Ikhtiar Hidup Sesat di Hutan | Air dan Makanan
    Salam Ukhwah dari Hootoh Tudia
    Hootoh Blog

    ReplyDelete