Sabah diceroboh: Budak lelaki 12 tahun mati akibat tersilap tembak


Seorang budak lelaki berusia 12 tahun maut manakala seorang lelaki berusia 30 tahun cedera dalam kejadian silap tembak ketika pasukan keselamatan sedang melakukan pemeriksaan di Kampung Sungai Bilis, Tanjung Batu pagi ini. 

Pasukan keselamatan ketika kejadian sedang memeriksa sekumpulan orang yang disyaki mempunyai kaitan dengan pengganas sebelum berlaku pergerakan dalam belukar berhampiran yang menimbulkan kebimbangan pasukan keselamatan yang mereka akan diserang hendap.

Pasukan keselamatan telah melepaskan tembakan bagi mengelak diri daripada menjadi mangsa, malangnya tembakan itu mengenai seorang budak berumur 12 tahun tanpa disengajakan. 

Perkara itu disahkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dalam sidang media petang ini.

Kampung Sungai Bilis merupakan kawasan zon merah ketika ini. Kedudukan itu menyebabkan sebarang pergerakan yang luar biasa mampu menimbulkan kemungkinan berlaku serangan oleh pihak pengganas.

Ketika awal konflik di Sabah, seramai enam anggota polis mati setelah diserang hendap oleh pengganas di Semporna dan jasad sebahagian besar mereka telah diperlakukan dengan kejam termasuk ada yang dipenggal kepala dan perut ditusuk dengan parang. - MyNewsHub



No comments:

Post a Comment