Batalion wanita Syiria ditubuh untuk lawan rejim Assad


Kaum wanita Syria kini memain peranan penting dalam konflik di negara ini melalui penubuhan satu batalion wanita yang dikenali sebagai katiba.

Terdiri daripada 150 anggota, batalion itu berjuang bersama-sama Tentera Pembebasan Syria menentang tentera kerajaan pimpinan Presiden, Bashar al-Assad.

Pemantau Hak Asasi Manusia bagi Syria berkata, kebanyakan anggota batalion itu terdiri daripada wanita Kurdis.

"Jawatankuasa popular Kurdis menubuhkan batalion wanita pertama terdiri daripada 150 pejuang wanita. Batalion itu diberi nama Martyr Rokan Battalion.

"Walaupun sebelum ini terdapat wanita yang berjuang sama ada bersama pemberontak, tentera pro-Assad dan militia Kurdis, namun batalion ini merupakan yang pertama terdiri daripada wanita sahaja," kata pengarah pertubuhan itu, Rami Abdel Rahman.



Penubuhan batalion wanita itu diumumkan di Irfin, lokasi terbaharu konflik di Syria pada penghujung tahun lalu apabila pemberontak Kurdis menentang pemberontak Syria yang berjuang melawan tentera Assad.

Tentera Assad berundur dari kawasan majoriti kaum Kurdis pada tahun lalu, manakala etnik itu berpecah selepas tercetus revolusi dengan kebanyakan daripada mereka tidak berpihak sama ada kepada Assad mahu pun pemberontak.

Penubuhan batalion wanita itu juga berlaku selepas sebulan tentera Assad menubuhkan Pasukan Pertahanan Nasional, yang terdiri daripada unit separa tentera dianggotai wanita pelbagai lapisan umur.

Sebuah pertubuhan aktivis wanita di Latakia berkata, wanita kerap menghantar senjata dan bekalan-bekalan lain kepada pemberontak kerana mereka kurang disiasat oleh tentera dan mudah melepasi kawalan keselamatan. - AGENSI


No comments:

Post a Comment