Anggota polis mengawal di luar penjara Cebongan, Sleman, Yogyakarta, selepas serangan kumpulan lelaki bersenjata semalam. - Foto AP |
17 lelaki dipercayai balas dendam kematian anggota Kopassus
Yogyakarta: Sekumpulan 17 lelaki bersenjata dan bertopeng, tidak dikenali menyerbu ke dalam penjara Cebongan di Sleman, awal pagi semalam, mengugut warden dan menembak mati empat tahanan yang sedang menunggu perbicaraan berhubung kematian seorang anggota tentera, kata polis.

Ketua polis Sleman, Adjung Komrad Kanan Hery Sutrisman, memberitahu Jakarta Globe semalam bahawa penyerang bersenjatakan raifal AK-47 dan tujuh pistol FN Five.
“Seramai 12 saksi yang kami soal berkata penjenayah mengetuk pintu,” kata Hery.
“Mereka memberitahu warden penjara bahawa mereka adalah anggota polis Yogyakarta dan membawa sepucuk surat untuk memindahkan tahanan, yang kemudian dibunuh.”
Warden penjara yang membuka pintu memberitahu polis beliau curiga kerana penyerang datang pada jam 1.15 pagi, waktu luar biasa untuk memindahkan tahanan.
Beliau pada mulanya enggan membuka pintu pagar dan memberitahu perlu meminta kebenaran daripada ketua warden untuk berbuat demikian.
Ambulans membawa mayat empat tahanan yang ditembak mati di penjara Cebongan, Sleman, Yogyakarta, semalam. - Foto AP
|
Ancam roboh pintu penjara
Satu sumber memberitahu lelaki bersenjata kemudian mengancam merobohkan pintu penjara dengan bom tangan.
“Lelaki terbabit mengugutnya (warden), jadi beliau terpaksa membuka pintu.
“Mereka masuk dan memintanya menunjukkan sel yang menempatkan empat tahanan. Tiada pilihan, warden penjara kemudian menunjukkan sel di mana empat tahanan ditahan sementara. Mereka membunuh tahanan dengan melepaskan tembakan ke dalam sel,” katanya.
Dua warden penjara, Widiatmoko dan Nugroho Putro, dirawat di hospital turut diserang kumpulan terbabit.
Empat suspek yang maut, Hendrik Angel Sahetapi, 31; Yohanes Juan, 38; Gameliel Yermianto Rohi Riwu, 29; dan Adrianus Candra Galaja, 33, ditahan polis Sleman Selasa lalu, selepas didakwa menikam hingga mati anggota Pasukan Khas Tentera (Kopassus), Sarjan Pertama Heru Santoso di Cafe Hugos, Sleman, apabila dia cuba meleraikan pergaduhan.
“Empat mayat dibawa ke hospital untuk bedah siasat,” kata jurucakap polis Yogyakarta Adjung Komrad Anny Pudjiastuti.
Tindakan balas dendam
Pengarah keselamatan penjara dan keamanan Kementerian Kehakiman dan Hak Asasi Manusia, Wibowo Joko berkata serangan itu mungkin tindakan balas dendam atas pembunuhan Heru.
“Beberapa hari lalu, ada pergaduhan di Cafe Hugos membabitkan empat orang,” kata Wibowo. - AFP/AGENSI

No comments:
Post a Comment