Menyamar juruterbang mahu terbangkan Boeing 747


Philippe Jeannard

 PHILADELPHIA - Seorang lelaki Perancis yang lengkap beruniform dan mendakwa dirinya juruterbang Air France ditangkap ketika berada di dalam kokpit sebuah pesawat di sini, kata polis semalam.

Polis Amerika Syarikat berkata, individu tersebut, Philippe Jeannard sebenarnya seorang penumpang penerbangan syarikat US Airways menuju ke Florida.

Lelaki berusia dalam lingkungan 60-an itu ditemui sedang duduk di kerusi juruterbang dan mendakwa dirinya juruterbang untuk pesawat 747 milik Air France itu.


“Apabila lelaki itu gagal menunjukkan dokumen sepatutnya, dia dibawa keluar dari pesawat tersebut dan diserahkan kepada pihak berkuasa,” kata polis.

“Semasa ditangkap, Jeannard memiliki kad pengenalan Air France palsu,” tambah pihak berkuasa.

Dia kemudian didakwa kerana menceroboh, menyamar sebagai juruterbang dan menunjukkan dokumen pengenalan palsu kepada pihak berkuasa. - Kosmo


No comments:

Post a Comment