Raub: Rambo Bentong, yang sebelum ini dihukum penjara 115 tahun dan 50 sebatan bagi kesalahan merogol serta seks luar tabii, dijatuhkan hukuman penjara 18 tahun lagi, kali ini atas pertuduhan cuba membunuh seorang anggota polis.
Hakim Mahkamah Sesyen Shahrizat Ismail menjatuhkan hukuman selepas tertuduh atau nama sebenarnya, Rabidin Satir, 42, mengaku menyerang dan mencederakan Konstabel Mohd Suhaimi Md Razali, 24, dengan sebilah parang di sebuah rumah bernombor 43 di Taman Shahbandar Husin, Bentong, kira-kira jam 6 petang, 14 November 2012.

Rabidin, dari Kampung Libang Ulu, Tambunan, Sabah didakwa melakukan kesalahan itu mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun.
Dalam penghakimannya, Shahrizat berkata kesalahan yang dilakukan tertuduh ketika anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah Bentong itu cuba menahannya adalah serius dan boleh menyebabkan kematian.
Hakim kemudian memerintahkan hukuman bagi kesalahan itu dilaksana selepas Rabidin selesai menjalani hukuman penjara 115 tahun. - BERNAMA
No comments:
Post a Comment